Adalah dimaklumkan bahawa Pendaftaran untuk Ujian MUET (Akhir Tahun 2011) akan dibuka pada 18hb Mei 2011 hingga 20hb Jun 2011.**
** Semua urusan hanya akan boleh diakses pada tarikh dinyatakan sahaja.
** Semua urusan hanya akan boleh diakses pada tarikh dinyatakan sahaja.
Pendaftaran Calon Persendirian individu
- Pendaftaran calon persendirian individu dibuat secara online melalui laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my atau http://www.mesp.gov.my/online.
- Calon persendirian individu dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat tentang pendaftaran MUET melalui laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my dan merujuk kepada Manual Calon Persendirian Individu yang terpapar pada ikon calon persendirian individu dalam http://www.mesp.gov.my/online untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut
- Calon boleh memilih pusat ujian yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran secara online tetapi kelulusan adalah tertakluk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri (SPP JPN). SPP JPN berhak untuk memindahkan calon persendirian individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.
- Calon yang kurang upaya dari segi penglihatan seperti buta, rabun, atau ketidakupayaan dari segi anggota/spastik atau ketidakupayaan dari segi pendengaran seperti kurang dengar/pekak atau ketidakupayaan dari segi pertuturan seperti sengau atau ketidakupayaan yang lain juga mendaftar secara online tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah calon istimewa dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti tindakan pada para 6
Bayaran Untuk Menduduki Ujian MUET adalah
- Yuran Pendaftaran RM 20.00
- Yuran MataPelajaran RM 40.00
- Jumlah RM 60.00
Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN)* atau secara perbankan internet. Maklumat lanjut sila layari www.mesp.gov.my/online
* Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.
Slip Pendaftaran Calon (MUET/PP)
Butiran pendaftaran awal calon boleh disemak melalui slip pendaftaran calon (MUET/PP). Calon persendirian individu perlu mengemaskini butiran pendaftaran sendiri secara online tetapi pengemaskinian tersebut hanya dihadkan sebanyak dua kali sahaja.
Untuk rakan-rakan okt10kl yang terlibat dengan urusan di atas, sebarang perubahan mengenai urusan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.